Jom usha sini!!

My Lil Fateh

Tuesday, January 18, 2011

Pemakanan anak 1 tahun

salam...

oleh kerana Fateh dah 1 tahun so saya nak share nga mommies kat luar sana ttg pemakanan anak pada peringkat ini... agak sukar jugak bg saya nak sediakan makanan yg sesuai nga budak umur mcm nie... kadang2 kesian jugak asyik makan menu yg sama jer setiap hari dari pagi ke petang asyik bubur nasik jer...kalaulah Fateh pandai berkata2 tentu dh cakap camtu kan??? azie ada jugak surf internet ttg tips atau jadual pemakanan anak nie...nak varietykan menu die setiap hari.. sekarang nie kalau breakfast bagi roti n cicah susu. tengahari bubur nasi. petang bagila biskut or apa2 snak yg berkhasiat. malam breastfeed jer..

kat bawah nie ada sedikit info ttg pemakanan anak2:

PEMAKANAN ANAK-ANAK 1-4 TAHUN

Pada usia satu tahun, anak kecil sudah boleh memakan makanan yang sama dimakan oleh ahli keluarga yang lain. Semasa memasak, sebahagian kecil makanan yang sama boleh diasingkan untuk anak sebelum anda memasukkan cili dan rempah ratus yang lain. Semasa waktu makan, anak kecil juga sudah boleh duduk di kerusi dan makan di meja bersama-sama anggota keluarga yang lain.

Tempoh perpindahan ke meja ialah tempoh yang mengelirukan bagi anak kecil. Pada waktu ini, usia mereka dalam lingkungan satu tahun. Pada usia ini, biasanya selera makan anak-anak akan menurun. Kekurangan selera makan ini kerap kali merisaukan ibu bapa.

PANDUAN PEMAKANAN ANAK KECIL

Usia antara 1 hingga 4 tahun amat kritikal kerana pada waktu inilah kanak-kanak membentuk sikap terhadap makanan dan menjadi asas pada tabiat makan sepanjang hayat mereka. Oleh itu, ibu bapa dinasihatkan supaya :-

Memberikan makanan yang seimbang daripada kumpulan makanan asas, iaitu susu, bijiran, daging dan sayur-sayuran. Tidak semua hidangan memerlukan makanan daripada semua kumpulan berkenaan. Bagaimanapun, perlu ada keseimbangan antara makanan itu dalam tempoh sehari.

2 Memulakan jadual pemakanan anak anda dengan menyediakan tiga hidangan berat sehari dan hidangan ringan di antara hidangan berat itu. Bagi hidangan ringan, ibu mungkin sekadar ingin memberikan susu ibu atau susu segar sahaja.

3 Selepas usia setahun, kuantiti pemakanan bayi lazimnya berkurangan, termasuk pengambilan susu hariannya. Perkara ini adalah normal. Ibu bapa tidak perlu terlalu risau sekiranya ia berlaku. Keadaan ini tidak membahayakan bayi selagi dia membersar dengan baik dan mendapat makanan yang mencukupi.

4 Sewaktu anak-anak mula memakan makanan lain, pengambilan susu (sama ada susu ibu atau susu segar) semakin berkurangan. Bagi menambah selera makan anak-anak terhadap makanan lain, ibu bapa dinasihatkan supaya memberi susu ibu atau susu segar selepas waktu makan, BUKAN SEBELUM waktu makan.

BERAPA BANYAK YANG PERLU DIMAKAN ?

Keperluan pemakanan yang berkhasiat dan khusus untuk anak kecil boleh di andaikan seperti yang berikut :-

2 atau 3 cawan susu : selain susu, ibu bapa boleh menggantikan makanan lain yang sama khasiat dengan susu. Contohnya yogurt, keju, puding dan sebagainya.

4 hidangan sayur atau buah-buahan : sebagai panduan, satu sudu kecil untuk kanak-kanak setahun bersamaan dengan satu hidangan. Setiap satu hidangan perlu mempunyai kandungan vitamin C dan vitamin A yang tinggi.

4 hidangan roti dan bijirin : kanak-kanak mungkin banyak memakan makanan daripada kumpulan ini. Ia tidak memudaratkan selagi kanak-kanak turut memakan makanan dari kumpulan lain, walaupun dalam kuantiti yang paling minimum. Setiap hari, berikan bijirin yang diperkuat dengan zat besi.

2 hidangan daging, kacang, telur atau mentega kacang. Hidangan yang mengandungi khasiat protein yang baik perlu ada setiap kali waktu makan.


PENTING

Setiap hidangan perlu mempunyai protein, roti atau bijiran, sayur atau buah-buahan dan susu.

Monday, January 17, 2011

Happy Birthday Sayang..

Minggu lepas birthday Fateh yang pertama...setahun da baby mama nie...hehe kami celebrate kat secret recipe jer...lepas balik keje kami pergi... insyaAllah bulan 3 nie baru nakwat besar sket la kat kampung.. macam-macam ade dalam kepala otak nie.macamana nak buat party tu..tapi juz nk invite sedara2 n kawan2 rapat jer... mula2 mcm nak amik a&w package tapi macam tak berbaloi jer...huhuh

masih berfikir untuk bulan 3 nnti..;)

Thursday, January 6, 2011

JAM oh JAM....

Berdasarkan tajuk di atas, aku amat sedih kerana jam tangan kesayangan ilanggggggg...waaaaaaaa uhuk uhuk... ini adalah kerana kecuaian ku sendiri yang terlupa amik lepas solat asar di Masjid...huhu kesedihan dan penyesalan yg tak dapat aku pikirkan! alkisahnya begini....
pada suatu petang lps balik dari keje aku g amik Fateh kat school then jumpa asben kat area citu.. aku bagitaula lum solat asar lg then amik keputusan tuk solat di Masjid memandangkan nk g beli makanan plak.. mase amik wuduk tu aku sangkut jam kat penyangkut ntah nape lupa nak pakai lepas amik wuduk padahal jam tu depan mata jer...huhu esok paginya baru teringat sbb cari2 tak jumpa nak pakai g keje...pegi tgk balik tempat wuduk tu dah tak ade....sedih..sedih ;(

Abang..nnti nak jam baru eh..;)