Jom usha sini!!

My Lil Fateh

Thursday, July 28, 2011

BREASTFEED KETIKA MENGANDUNG

Alhamdulillah.. ketika dan saat ini kandungan ku menjangkau 14 minggu.. harapan amat besar, semoga anugerah Ilahi ini terus berkembang dan memberi dunia baru buat Fateh.. Memang aku inginkan anak ini..menjadi teman dan harapan buat kami.. kalau ikutkan hati nak baby girl tapi kalau Allah nak bg boy jugak azi terima jer..;)

Dalam pregnant nie, masih lg breastfeed si Fateh tu..walaupon kuantiti susu tidak sebanyak sebelum nie tapi azi puas sbb masih lg dpt bagi Fateh hak dia..cuma diri ini kene kuat dan mkn makanan yg berkhasiat dan vitamin untuk supply anak dlm perut dan juga anak di luar dan juga mak punya badan la...

Banyak maklumat di internet ttg penyusuan ketika mengandung..kebanyakan menyokong penyusuan boleh diteruskan walaupon mengandung kecuali ade masalah2 kesihatan atau ade risiko keguguran.. mungkin Azi boleh share ttg artikle yg azi baca:

Sumber: Mom’s Little Ones

American Academy of Pediatrics menyarankan bayi diberi susu eksklusif dalam enam bulan pertama tanpa diberi sebarang jenis supplement formula, air atau makanan dan terus menyusu badan sepanjang tahun pertama dan seterusnya. Untuk pengetahuan anda, sepanjang tempoh penyusuan eksklusif, kemungkinan untuk mengandung adalah agak tipis tetapi ia bergantung kepada beberapa faktor. Oleh itu, tidak mustahil untuk anda mengandung lagi walaupun dalam tempoh penyusuan.

Sehubungan itu, apabila disahkan mengandung, kebanyakan ibu dalam dilema sama ada mahu bercerai susu ataupun terus menyusu. Ini berlaku akibat konflik yang dialami setelah mendapat nasihat daripada ahli keluarga, kawan-kawan mahupun doktor. Setakat ini, belum ada bukti yang mengesahkan kehamilan boleh memudaratkan kandungan. Namun, jika ibu pernah melahirkan bayi pra matang, hamil kembar ataupun menunjukkan tanda-tanda akan melahirkan lebih awal dari tarikh jangkaan, ia patut diberi perhatian kerana oksitosin boleh merangsang kontraksi dan boleh menyebabkan kelahiran pra matang. Oleh kerana itulah, ibu biasanya dinasihatkan untuk bercerai susu.

Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan bahawa rahim tidak memahami “mesej” daripada oksitosin untuk memulakan kontraksi sehinggalah kandungan berusia lebih kurang 24 minggu. Jadi, penyusuan sehingga kandungan berusia 20 minggu masih dianggap selamat. Jadi, ibu tidak perlu bercerai susu secara mendadak. Bagi ibu yang bercadang meneruskan penyusuan, dia perlu mengambil kira beberapa perkara penting: sejarah perubatan, tahap keselesaan fizikal dan emosi, usia anak dan keperluan penyusuannya.

Dalam pada itu, penyusuan sewaktu mengandung tidak akan menghalang janin mendapatkan zat makanan yang diperlukannya. Ia juga tidak akan melemahkan tubuh ibu. Sewaktu mengandung, amat penting untuk anda mengambil makanan berkhasiat, mendapatkan berat badan yang sesuai dan menikmati rehat yang secukupnya. Ibu yang memperoleh khasiat yang mencukupi, sepatutnya tidak akan mempunyai masalah untuk membekalkan khasiat untuk kandungannya dan anak yang disusukan.

Untuk pengetahuan anda, sewaktu mengandung kebanyakan ibu akan mengalami masalah dalam penghasilan susu disebabkan oleh perubahan hormon. Malah, sewaktu trimester kedua, susu itu akan mula berubah menjadi kolostrum. Kuantiti dan rasa susu akan berubah secara mendadak. Oleh kerana itulah, kebanyakan bayi akan bercerai susu dengan sendirinya setelah menganggap rasa susu berbeza daripada biasa.

Perlu diingat! Jika anda menyusukan bayi berumur kurang dari enam bulan sewaktu mengandung, anda perlu memantau perkembangan dan pertambahan berat badannya. Bayi yang berumur enam bulan ke atas pula biasanya mereka akan berubah selera kepada makanan pejal memandangkan bekalan susu anda makin berkurangan.



sumber : http://sweetstory.yuitsumuni.com

menyusu ketika hamil BOLEH diamalkan..dilaksanakan jika

  1. ibu itu kuat dan bertenaga.tiada yang memudaratkannya.Hatta morning sickness pun dia tak hairan..gagah perkasa bagaikan juara..sila susukan anak yang sudah lahir dan kandungkan anak yang di dalam rahim…
  2. telah mendapat nasihat doktor.Doktor kata anda OK jika susukan anak ketika hamil.kandungan anda juga OK.
  3. mendapatkan nasihat Kaunselor laktasi.Kaunselor laktasi juga kata OK…berdasarkan pertemuan anda dengannya ataupun berbual secara online ataupun ikut apa LC anda katakan la.
  4. Bayi anda itu memang masih hendak menyusu(ebab kalau hamil susu kita akan rasa lain sikit iaitu masin..jika tak berapa masin mayba bayi anda OK…ini semua kerana perubahan hormon
  5. Janin yang dikandung develop well…sangat baik punya tiada yang boleh dipertikaikan.

nota<

* ada doktor atau gynea yang kurang friendly bab breastfeeding..maka dapatkanlah opinion kedua ketiga dan sebagainya daripada gynea yang lain. kadang kadang ada juga yang tak berapa nak berani nak kata OK…maka dapatkan pendapat 2-3 orang gynea yang lain

* pakar laktasi anda pasti ada banyak info tentang ini..maka kerapkan diri anda menghubungi mereka

* mitos menyatakan..kalau hamil dan menyusukan anak..nanti bayi di dalam perut tak cukup zat..salah..sebab apa??sebab zat susu dan zat janin erlukan adalah datang daripada tubuh badan ibu…maka badan ibu SAHAJA yang kena kerja kuat…kerana badan ibu kena ‘supply’ makanan kepada 3 orang…bayi di luar dan bayi di dalam rahim dan ibu itu sendiri..kerana inilah faktor no.1 adalah penting. penghasilan susu ibu tidak akan mencuri zat yang janin di dalam rahim perlukan…tetapi akan mengambilnya daripada tubuh badan ibu …besarkan pengorbanan ibu..maka jika anda hamil dan menyusukan anak..amalkan pemakanan seimbang kerana..anda kini terbahagi kepada 3….

* mitos juga menyatakan..kalau hamil dan menyusu anak nanti akan berlaku keguguran..sebab itulah faktor no.2 itu penting..jika pakar berkaitan kata selamat…dan anda minta bantuan Allah..maka selamatlah..Jika benarlah hamil dan menyusukan akan memudaratkan janin di dalam rahim pasti ada disebut hukumnya dengan jelas..haram atau harus atau makruh …Tiada disebut..hanya disebut PENDAPAT orang itu dan orang ini..maka semua itu mitos dan tanggapan semata mata…

* mitos juga menyatakan..jika hamil dan menyusukan..si abang/kakak minum hak adik..janin di dalam rahim tak perlukan pun susu..dia ada cara dia untuk hidup di dalam rahim..alam dunia dan alam janin adalah alam yang berbeza,,,

kesimpulannya..

anda BOLEH meneruskan penyusuan ketika hamil selagi TIDAK MEMUDARATKAN mana mana pihak..ibu atau bayi yang disusukan ataupun bayi yang di dalam rahim ibu…

Menangkis mitos ORANG LAMA memang memenatkan.

Tetapi jika kita ada ilmu dan pengetahuan mendalam..boleh kita angguk dan geleng selepas toleh boleh amalkan ikut yang kita suka.

Pengalaman peribadi saya..

tiada kaitan dengan kehamilan tetapi amat berkait rapat dengan penyusuan selepas anak berusia 2 tahun.

Pelbagai pendapat diberikan..tak kurang ‘nasihat’ bertalu talu..tetapi selagi kita tahu tindakan kita itu benar..kita boleh abaikan apa kata orang sekeliling…