Jom usha sini!!

My Lil Fateh

Thursday, July 28, 2011

BREASTFEED KETIKA MENGANDUNG

Alhamdulillah.. ketika dan saat ini kandungan ku menjangkau 14 minggu.. harapan amat besar, semoga anugerah Ilahi ini terus berkembang dan memberi dunia baru buat Fateh.. Memang aku inginkan anak ini..menjadi teman dan harapan buat kami.. kalau ikutkan hati nak baby girl tapi kalau Allah nak bg boy jugak azi terima jer..;)

Dalam pregnant nie, masih lg breastfeed si Fateh tu..walaupon kuantiti susu tidak sebanyak sebelum nie tapi azi puas sbb masih lg dpt bagi Fateh hak dia..cuma diri ini kene kuat dan mkn makanan yg berkhasiat dan vitamin untuk supply anak dlm perut dan juga anak di luar dan juga mak punya badan la...

Banyak maklumat di internet ttg penyusuan ketika mengandung..kebanyakan menyokong penyusuan boleh diteruskan walaupon mengandung kecuali ade masalah2 kesihatan atau ade risiko keguguran.. mungkin Azi boleh share ttg artikle yg azi baca:

Sumber: Mom’s Little Ones

American Academy of Pediatrics menyarankan bayi diberi susu eksklusif dalam enam bulan pertama tanpa diberi sebarang jenis supplement formula, air atau makanan dan terus menyusu badan sepanjang tahun pertama dan seterusnya. Untuk pengetahuan anda, sepanjang tempoh penyusuan eksklusif, kemungkinan untuk mengandung adalah agak tipis tetapi ia bergantung kepada beberapa faktor. Oleh itu, tidak mustahil untuk anda mengandung lagi walaupun dalam tempoh penyusuan.

Sehubungan itu, apabila disahkan mengandung, kebanyakan ibu dalam dilema sama ada mahu bercerai susu ataupun terus menyusu. Ini berlaku akibat konflik yang dialami setelah mendapat nasihat daripada ahli keluarga, kawan-kawan mahupun doktor. Setakat ini, belum ada bukti yang mengesahkan kehamilan boleh memudaratkan kandungan. Namun, jika ibu pernah melahirkan bayi pra matang, hamil kembar ataupun menunjukkan tanda-tanda akan melahirkan lebih awal dari tarikh jangkaan, ia patut diberi perhatian kerana oksitosin boleh merangsang kontraksi dan boleh menyebabkan kelahiran pra matang. Oleh kerana itulah, ibu biasanya dinasihatkan untuk bercerai susu.

Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan bahawa rahim tidak memahami “mesej” daripada oksitosin untuk memulakan kontraksi sehinggalah kandungan berusia lebih kurang 24 minggu. Jadi, penyusuan sehingga kandungan berusia 20 minggu masih dianggap selamat. Jadi, ibu tidak perlu bercerai susu secara mendadak. Bagi ibu yang bercadang meneruskan penyusuan, dia perlu mengambil kira beberapa perkara penting: sejarah perubatan, tahap keselesaan fizikal dan emosi, usia anak dan keperluan penyusuannya.

Dalam pada itu, penyusuan sewaktu mengandung tidak akan menghalang janin mendapatkan zat makanan yang diperlukannya. Ia juga tidak akan melemahkan tubuh ibu. Sewaktu mengandung, amat penting untuk anda mengambil makanan berkhasiat, mendapatkan berat badan yang sesuai dan menikmati rehat yang secukupnya. Ibu yang memperoleh khasiat yang mencukupi, sepatutnya tidak akan mempunyai masalah untuk membekalkan khasiat untuk kandungannya dan anak yang disusukan.

Untuk pengetahuan anda, sewaktu mengandung kebanyakan ibu akan mengalami masalah dalam penghasilan susu disebabkan oleh perubahan hormon. Malah, sewaktu trimester kedua, susu itu akan mula berubah menjadi kolostrum. Kuantiti dan rasa susu akan berubah secara mendadak. Oleh kerana itulah, kebanyakan bayi akan bercerai susu dengan sendirinya setelah menganggap rasa susu berbeza daripada biasa.

Perlu diingat! Jika anda menyusukan bayi berumur kurang dari enam bulan sewaktu mengandung, anda perlu memantau perkembangan dan pertambahan berat badannya. Bayi yang berumur enam bulan ke atas pula biasanya mereka akan berubah selera kepada makanan pejal memandangkan bekalan susu anda makin berkurangan.



sumber : http://sweetstory.yuitsumuni.com

menyusu ketika hamil BOLEH diamalkan..dilaksanakan jika

  1. ibu itu kuat dan bertenaga.tiada yang memudaratkannya.Hatta morning sickness pun dia tak hairan..gagah perkasa bagaikan juara..sila susukan anak yang sudah lahir dan kandungkan anak yang di dalam rahim…
  2. telah mendapat nasihat doktor.Doktor kata anda OK jika susukan anak ketika hamil.kandungan anda juga OK.
  3. mendapatkan nasihat Kaunselor laktasi.Kaunselor laktasi juga kata OK…berdasarkan pertemuan anda dengannya ataupun berbual secara online ataupun ikut apa LC anda katakan la.
  4. Bayi anda itu memang masih hendak menyusu(ebab kalau hamil susu kita akan rasa lain sikit iaitu masin..jika tak berapa masin mayba bayi anda OK…ini semua kerana perubahan hormon
  5. Janin yang dikandung develop well…sangat baik punya tiada yang boleh dipertikaikan.

nota<

* ada doktor atau gynea yang kurang friendly bab breastfeeding..maka dapatkanlah opinion kedua ketiga dan sebagainya daripada gynea yang lain. kadang kadang ada juga yang tak berapa nak berani nak kata OK…maka dapatkan pendapat 2-3 orang gynea yang lain

* pakar laktasi anda pasti ada banyak info tentang ini..maka kerapkan diri anda menghubungi mereka

* mitos menyatakan..kalau hamil dan menyusukan anak..nanti bayi di dalam perut tak cukup zat..salah..sebab apa??sebab zat susu dan zat janin erlukan adalah datang daripada tubuh badan ibu…maka badan ibu SAHAJA yang kena kerja kuat…kerana badan ibu kena ‘supply’ makanan kepada 3 orang…bayi di luar dan bayi di dalam rahim dan ibu itu sendiri..kerana inilah faktor no.1 adalah penting. penghasilan susu ibu tidak akan mencuri zat yang janin di dalam rahim perlukan…tetapi akan mengambilnya daripada tubuh badan ibu …besarkan pengorbanan ibu..maka jika anda hamil dan menyusukan anak..amalkan pemakanan seimbang kerana..anda kini terbahagi kepada 3….

* mitos juga menyatakan..kalau hamil dan menyusu anak nanti akan berlaku keguguran..sebab itulah faktor no.2 itu penting..jika pakar berkaitan kata selamat…dan anda minta bantuan Allah..maka selamatlah..Jika benarlah hamil dan menyusukan akan memudaratkan janin di dalam rahim pasti ada disebut hukumnya dengan jelas..haram atau harus atau makruh …Tiada disebut..hanya disebut PENDAPAT orang itu dan orang ini..maka semua itu mitos dan tanggapan semata mata…

* mitos juga menyatakan..jika hamil dan menyusukan..si abang/kakak minum hak adik..janin di dalam rahim tak perlukan pun susu..dia ada cara dia untuk hidup di dalam rahim..alam dunia dan alam janin adalah alam yang berbeza,,,

kesimpulannya..

anda BOLEH meneruskan penyusuan ketika hamil selagi TIDAK MEMUDARATKAN mana mana pihak..ibu atau bayi yang disusukan ataupun bayi yang di dalam rahim ibu…

Menangkis mitos ORANG LAMA memang memenatkan.

Tetapi jika kita ada ilmu dan pengetahuan mendalam..boleh kita angguk dan geleng selepas toleh boleh amalkan ikut yang kita suka.

Pengalaman peribadi saya..

tiada kaitan dengan kehamilan tetapi amat berkait rapat dengan penyusuan selepas anak berusia 2 tahun.

Pelbagai pendapat diberikan..tak kurang ‘nasihat’ bertalu talu..tetapi selagi kita tahu tindakan kita itu benar..kita boleh abaikan apa kata orang sekeliling…


Wednesday, April 20, 2011

NASI ARAB ZAM ZAM SHAH ALAM

Salam semua...

Minggu lepas pg makan nasi arab kat restoran ZAM ZAM shah alam.. Tempat die menarik n kerusi meja mmg cantiklah...harga makanan ok lah...;) pd hari tu asben makan lamb mandy Rm20, pineaple koktail rm10 (walaupun tak mcm koktail)huhuh...aku makan chicken khabshah rm15 and milo ice rm5 (sodap aku buat lg air milo nie)...so TOTAL is RM50..tak mahal n tak murahla harga die...sedan2 gtuuuu... tapi apa yg best no service charge, no tax...




Restoran nie terletak di seksyen 9 shah alam...building die nama oasis 9..restoran die agak open la...selain dari tempat kami duduk..ade lg bahagian atas yg mungkin lebih eksklusif kot... gambar makanan takde sbb da lapar..tak sempat2 nak amik gambor dulu...hehehe
ni antara menu2nya




makanan die sedap la walaupon ade lg nasi arab yg sodap...hehe, environment pon ok...then kebanyakan pekerja die berbangse arab so agak susahlah nak komunikasi..lainla kalu aku pandai cakap arab..haha sbb bila kite speaking english die pon tak phm speaking melayu die pon tak paham...aku lg la tak paham...huhu


kepada sesiapa yg nak try...pg la try tak rugi okay...;)


Thursday, March 24, 2011

Birthday Party & Chicken Pox

Pada tanggal 18hb Mac 2011 terjadi lah jamuan harijadi Fateh..hehe

Sepatutnya plan nakwat 13hb terpakse ditunda kerana atas sbb tertentu..dan of course kerana Fateh dapat 'Chicken Pox'.. Agak kesian la sbb die baru umo 1 tahun 2 bulan..duk garu2 jer.. mase nak kering lagi la die gatal sampai takleh tido duk menangis jer... Kami cuba juga cara org dulu2 mcm sapukan air batu kawi ataupon air daun semambu..bagus tuk ilangkan gatal2 sbb ianya sejuk.. Yang hairanya Fateh langsung tak bg tande contoh mcm demam sebelum kene..bese budak akan demam dulu baru timbul chicken pox tu...tapi Fateh still aktif mcm biase sehinggalah ari ke 5 baru die demam tapi sehari jer terus ok...


Berbalik pada cite birthday party...hahaha Jamuan ni kami buat kecil2 jer..jemput sedara2 je.. baca doa selamat supaya selamat n sihat semuanya.. Nasib baik Fateh tak buat perangai pada hari tu..elok jer tapi mcm bese la susah nak senyum...hehe
bawah nie ade gambar party tu..



Dapat hadiah basikal dari Cik Nor..TQ Cik Nor


KENDURI ADIK

Lama diri ini tidak update blog.. minggu lps balik kampung, syoknyer rase mcm taknak balik KL dah...huhu sepanjang kat kampung ujan jer...nak bawak Fateh main laut pon tak dapat..tapi takpelah maybe next time.

Tujuan balik kampung sbb adik kawen. Tema purple mmg kami adik beradik pakai kain sepapan la..hehe best la sbb last kenduri mase aku kawen hampir 3 tahun lepas yakni tahun 2008. Adik kawen ni grand la tak mcm kenduri aku dulu sempoi jer (budget tak cukup) hahhaaaa....tapi aku ttp bahagia walaupun majlis bese-bese jer...;)
ni aku tempekkan gambo adik aku tuh...



cantikkan pelamin dorg...bunga idup gitu..aww aww. Tahun nie aku tgk ramai org kawen wat tema purple..adakah tahun ini tahun purple??? sila jawab ya..
mase kenduri tu nak bergambor pon tak dan sbb sibuk sgt (yeke sibuk)hehehe. Frust jgklah sbb tak dapat bergambor nga asben tercinta kat pelamin tu tapi takpelah takde rezki..huhu

Mase kenduri tu Fateh kene chicken pox! nasib baik tak banyak lg so dalam gambar elok lg laa...;) cian Fateh mama nie yer...

kat bawah ni plak gambar sambut menantu...

Monday, February 21, 2011

UPDATE!!!

Arrrggggghhhh....dah lama tak update blog..takde mase nak bukak internet sbb seminggu cuti jaga Fateh.. masuk opis da malas nak bukak blog...huhuh alhamdulillah Fateh da ok..last week g appoitmnet nga pakar ent n paed.. next week 26hb ade lg appointment nga paed (DEMC) sbb nak amik vaksin pneumococcal...huhu nie doktor suggest sbb Fateh dah 3 kali kene jangkitan telinga...Takpelah mahal sket pon...duit bleh cari anak nak cari kat mana kan????

Monday, February 7, 2011

DEMC

Fateh tak sihat!!

semalam (ahad 6 feb 2011) fateh admitted kat DEMC.. die tak sihat dah beberapa hari dah doktor nasihatkan supaya masuk spital..

today (isnin 7 feb) keadaan fateh sangat ok..demam da takde..selsema n batuk kurang sket.. kesian fateh kene makan 5 ubat sekaligus.. doktor masih suh fateh amik nab sebab paru2 die tak berapa nak ok lg..tapi overall Fateh sihat sangat..alhamdulillah TQ to Dr.Ahmad

Tuesday, January 18, 2011

Pemakanan anak 1 tahun

salam...

oleh kerana Fateh dah 1 tahun so saya nak share nga mommies kat luar sana ttg pemakanan anak pada peringkat ini... agak sukar jugak bg saya nak sediakan makanan yg sesuai nga budak umur mcm nie... kadang2 kesian jugak asyik makan menu yg sama jer setiap hari dari pagi ke petang asyik bubur nasik jer...kalaulah Fateh pandai berkata2 tentu dh cakap camtu kan??? azie ada jugak surf internet ttg tips atau jadual pemakanan anak nie...nak varietykan menu die setiap hari.. sekarang nie kalau breakfast bagi roti n cicah susu. tengahari bubur nasi. petang bagila biskut or apa2 snak yg berkhasiat. malam breastfeed jer..

kat bawah nie ada sedikit info ttg pemakanan anak2:

PEMAKANAN ANAK-ANAK 1-4 TAHUN

Pada usia satu tahun, anak kecil sudah boleh memakan makanan yang sama dimakan oleh ahli keluarga yang lain. Semasa memasak, sebahagian kecil makanan yang sama boleh diasingkan untuk anak sebelum anda memasukkan cili dan rempah ratus yang lain. Semasa waktu makan, anak kecil juga sudah boleh duduk di kerusi dan makan di meja bersama-sama anggota keluarga yang lain.

Tempoh perpindahan ke meja ialah tempoh yang mengelirukan bagi anak kecil. Pada waktu ini, usia mereka dalam lingkungan satu tahun. Pada usia ini, biasanya selera makan anak-anak akan menurun. Kekurangan selera makan ini kerap kali merisaukan ibu bapa.

PANDUAN PEMAKANAN ANAK KECIL

Usia antara 1 hingga 4 tahun amat kritikal kerana pada waktu inilah kanak-kanak membentuk sikap terhadap makanan dan menjadi asas pada tabiat makan sepanjang hayat mereka. Oleh itu, ibu bapa dinasihatkan supaya :-

Memberikan makanan yang seimbang daripada kumpulan makanan asas, iaitu susu, bijiran, daging dan sayur-sayuran. Tidak semua hidangan memerlukan makanan daripada semua kumpulan berkenaan. Bagaimanapun, perlu ada keseimbangan antara makanan itu dalam tempoh sehari.

2 Memulakan jadual pemakanan anak anda dengan menyediakan tiga hidangan berat sehari dan hidangan ringan di antara hidangan berat itu. Bagi hidangan ringan, ibu mungkin sekadar ingin memberikan susu ibu atau susu segar sahaja.

3 Selepas usia setahun, kuantiti pemakanan bayi lazimnya berkurangan, termasuk pengambilan susu hariannya. Perkara ini adalah normal. Ibu bapa tidak perlu terlalu risau sekiranya ia berlaku. Keadaan ini tidak membahayakan bayi selagi dia membersar dengan baik dan mendapat makanan yang mencukupi.

4 Sewaktu anak-anak mula memakan makanan lain, pengambilan susu (sama ada susu ibu atau susu segar) semakin berkurangan. Bagi menambah selera makan anak-anak terhadap makanan lain, ibu bapa dinasihatkan supaya memberi susu ibu atau susu segar selepas waktu makan, BUKAN SEBELUM waktu makan.

BERAPA BANYAK YANG PERLU DIMAKAN ?

Keperluan pemakanan yang berkhasiat dan khusus untuk anak kecil boleh di andaikan seperti yang berikut :-

2 atau 3 cawan susu : selain susu, ibu bapa boleh menggantikan makanan lain yang sama khasiat dengan susu. Contohnya yogurt, keju, puding dan sebagainya.

4 hidangan sayur atau buah-buahan : sebagai panduan, satu sudu kecil untuk kanak-kanak setahun bersamaan dengan satu hidangan. Setiap satu hidangan perlu mempunyai kandungan vitamin C dan vitamin A yang tinggi.

4 hidangan roti dan bijirin : kanak-kanak mungkin banyak memakan makanan daripada kumpulan ini. Ia tidak memudaratkan selagi kanak-kanak turut memakan makanan dari kumpulan lain, walaupun dalam kuantiti yang paling minimum. Setiap hari, berikan bijirin yang diperkuat dengan zat besi.

2 hidangan daging, kacang, telur atau mentega kacang. Hidangan yang mengandungi khasiat protein yang baik perlu ada setiap kali waktu makan.


PENTING

Setiap hidangan perlu mempunyai protein, roti atau bijiran, sayur atau buah-buahan dan susu.

Monday, January 17, 2011

Happy Birthday Sayang..

Minggu lepas birthday Fateh yang pertama...setahun da baby mama nie...hehe kami celebrate kat secret recipe jer...lepas balik keje kami pergi... insyaAllah bulan 3 nie baru nakwat besar sket la kat kampung.. macam-macam ade dalam kepala otak nie.macamana nak buat party tu..tapi juz nk invite sedara2 n kawan2 rapat jer... mula2 mcm nak amik a&w package tapi macam tak berbaloi jer...huhuh

masih berfikir untuk bulan 3 nnti..;)

Thursday, January 6, 2011

JAM oh JAM....

Berdasarkan tajuk di atas, aku amat sedih kerana jam tangan kesayangan ilanggggggg...waaaaaaaa uhuk uhuk... ini adalah kerana kecuaian ku sendiri yang terlupa amik lepas solat asar di Masjid...huhu kesedihan dan penyesalan yg tak dapat aku pikirkan! alkisahnya begini....
pada suatu petang lps balik dari keje aku g amik Fateh kat school then jumpa asben kat area citu.. aku bagitaula lum solat asar lg then amik keputusan tuk solat di Masjid memandangkan nk g beli makanan plak.. mase amik wuduk tu aku sangkut jam kat penyangkut ntah nape lupa nak pakai lepas amik wuduk padahal jam tu depan mata jer...huhu esok paginya baru teringat sbb cari2 tak jumpa nak pakai g keje...pegi tgk balik tempat wuduk tu dah tak ade....sedih..sedih ;(

Abang..nnti nak jam baru eh..;)

Tuesday, December 21, 2010

ALL about FATEH..we luv u...










MInggu2 yg busy...



salam all....


minggu2 yang cukup busy...uhhh tak sempat nak update blog, tak sempat nak berfacebook... arini baru ade sedikit mase yang terluang yg akan aku gunakan sepenuhnya...hahaha(ketawa evil) 2 minggu lepas Fateh demam yg agak teruk..suhu 40 jer....kcian malam2 buta pon kene mandikan die kalau suhu naik...pergi DEMC 2 kali amik darah then doc cakap dlm darah Fateh ade virus..agak terkejut tapi doc cakap jgn risau boleh baik... alhamdulillah 2 hari makan ubat dan antibiotik Fateh sihat...




beberapa minggu lepas kami g jalan2 bawak Fateh tgk dunia luar takdelah die boring..hee ni ada beberapa gambar kami...;)








Sunday, November 28, 2010

Papa, Mama n Fateh











Papa n Mama di hari bahagia..;)



















Papa,Mama n Fateh...
















FATEH mucukkkkk....

PENGALAMAN DGN KAKAK PENGASUH...;)

Salam semuaa...

sambil tunggu kelas start kul 4 nie sempat lg azi menhupdate blog nie.. last weekend kami ke Kedah, adik ipar kawen..fuhhh penat gak la badan sbbnyer minggu sebelum tu balik ganu then 2 minggu lagi akan balik ganu lg sbb kenduri sbelah adik kami plak...penatt..penatt... tapi takpelah bkn slalu pon..(menyedapkan hati sendiri..hehehe)

berbalik pada tajuk diatas(skema la plak) bukan pe..saje nak share nga mommies and frens.. azie ni jenis mama yg suka bg anak makan ape yg kite masak sendiri..terjadilah alkisahnyer masa mase Fateh umor 6 bln bselah mlm2 mesti amik baju2 dlm beg yg bwk g skool ngah duk belek2 tetiba jeng..jeng..jeng..ade nampak tompokan berwarna coklat..azie pon ciumla baunyer ade bau nestum ade bau mcm biskut...uhhhhh emosi pon mcm da lain jer...azie pon berlari2 pg kat asben then tiba2 jadi emosi plak, boleh menangis tuuu... asben pon pelik jugakla..die cakap esok tanyer la akak tu ade bagi pape tak selain dari bubur mamanye...terasa kesian kat Fateh sbb mkn bende yg tak sepatutnye lg...huuhh

keesokkannya...azie pon msg akak tu tanya 'akak, ade bg nestum or biskut ke kat Fateh?' tapi azie tanye leklok laa...taknak die salah paham... beberapa saat jer terus die kol 'akak takde bg pape..kenapa ye?' saya pon jawablah 'oyeke...kalu takde takpelah..jgn bagi pape yer selain dr bubur yg saya bekalkan' pahtu saya pon tanyer pasal kesan kat baju die tu 'kak, kat baju die ade mcm coklat2 mcm biskut' akak tu pon jawab 'agaknyer budak lain mkn then terkena baju die kot' azie mcm tak brapa nak puas hati nga jwpn tu tapi cuba tuk percaya...

bukan setakat tu aje...penah jugak akak yg bagi mkn cekodok..huhu terus azie cakap lain kali jgn bagi ye..hopefully akak tu tak terasa laa... kite sbgai ibu nie nak yg terbaik utk anak tapi org2 lain yg lebih2...kdg2 susah bercakap dengan org yg dh ade anak ramai kan..?? aritu penah jumpa kacang dlm najis baby..azie suh asben tanye sbb nak bagi dorg takut sket (takut ke dorg??) dorg mintak maaf pasal tu...

sampai skrg azie masih lg bekalkan food sendiri tuk Fateh..no sugar no salt or any perasa... pernah la jugak ade sedara2 yg berbunyi ala..dh 10 bulan bleh dah mkn gula n garam.. lantak ko lah..azie mls nk menjawab... asalkan baby azie sihat dan membesar bagai juara!!! cayaangggg Fateh mama niee....hehehe

Monday, November 22, 2010

BALIK KAMPUNG

salam...
jumaat lepas balik kampung sbb nenek meninggal...sampai ofis tak sempat keluar lg dari kete mak kol bagitau nenek dah takde... masuk opis pon mcm takbleh pikir pape..last2 suami kol ajak balik kampung..

ahad- niat nak balik terbantut sbb tiba2 abah sakit dada n sukar bernafas...pegi hospital then terpakse di tahan di wad sebab ade saluran tersumbat.. semoga abah cepat sembuh ;)

isnin-dalam kul 12pm bertolak dari rumah mak nak balik KL..sebelum tu asben ajak g tengok tapak rumah die dulu. kampung asben dah kene roboh sbb kerajaan dah beli tanah tu untuk dimajukan.. mcm kene tsunami..hehhee

arini mcm tak berapa nak sihat..tapi terpakse jugak pg keje sbb ade bende yg perlu disubmit pada bos..

sampai sini dulu bebelan saya..
k laa...bubye

Thursday, November 18, 2010

BABY FOOD

Salam kawan2,

kat sini saya juz nak share resipi for baby..seme ni saya ade bagi kat my lil prince Fateh..kalau kwn2 ade resepi bleh la share same2 jugak..;)

Bubur apple (6-7 bulan)
1) beras
2) puri apple

cara2
1) masak beras sampai jadi bubur then bila masak gaul bersama puri apple
2) untuk puri apple, rebus apple dengan air (sedikit sahaja) then blend la sampai betul2 jadi puri


Bubur ayam/ikan + sayur
1)beras
2)ikan/ayam
3)sayur (apa2 jenis)

cara2
1) masak nasi bersama daging ayam (kalau ikan rebus dulu ye then baru masukan bila nasi da masak)
2) bila bubur tu agak2 dah kembang masukan sayur tu..sekejap jer tau..
3) then blend kalau nak betul2 hancur.

k lah nnti azie sambung lg part baby food nie kay...;)

MY HAPPY FAMILY

Salam...

arini terasa sungguh malas nak pegi kerja tapi sampai jugak opis..hehe Fateh nga papa die kat umah, skool die tutup aidiladha so papa die la jaga...mamanya cuti dh nak abis..;) nasib baik papa boleh jaga baby kalau tak susah jugak mama nie...

sy suka bloggers yang berkongi ttg penyusuan susu ibu...dulu masa pergnant selalu surf ttg susu ibu dan mmg nak bagi Fateh susu ibu sepenuhnya.. alhamdulillah Fateh masih dapat merasa susu ibu..

kat bawah nie antara website/blog yang saya suka ttg penyusuan ibu banyak info yg saya dapat:

1)http://www.harlindahalim.com/
2)http://www.susuibu.com/

actually banyak lg tapi dah lupa..hehhee

sekarang ni sibuk surf internet ttg pemakanan baby plop..nak varietykan baby food laa..yang penting nak homemade baby food, kalau boleh taknak bagi Fateh mkn makanan yg ntah ape2..

nnti ade mase sy buh gambar Fateh nga papanye k...

Friday, November 12, 2010

MY LIFE

Dah lama tak update blog...sejak mengandung dan kerana kemalasan tahap dewa...hahaha tapi ikuti jugaklah blog2 kwn2 yg lain..sejak mengandung banyak surf ttg kehamilan, penyusuan susu ibu, hal2 berkaitan anak. seronok sekarang ade baby,tgk keletah baby.. mungkin di entry seterusnya saya akan share info ttg kehamilan, breastfeeding dan apa yg saya dapat k...

kwn2 pon ade mintak tlg thats why la saya cuba nak hidupkan balik blog nie..

till then...see u in next entry..bubye

Thursday, May 14, 2009

Cute Background for your blog!!!

I noticed that several of you already have these backgrounds on your own blog but if you haven't already changed your blog template go to websites list below and pick out a CUTE background. It's very easy and your blog will become prettier...hehehe but the really important is..ALL FREE...

1) http://freetemplates.blogspot.com/

2) http://thecutestblogontheblock.com/

3) http://smittenblogdesigns.blogspot.com/

4) http://www.giselejaquenod.com.ar/

5) http://www.raycreationsindia.com/free-blogspot-templates.aspx

6) http://www.bloggerblogtemplates.com/2009/05/flower-garden-cute-blogger-theme.html

7) http://hpcoder.net/2009/02/03/blogspot-templates/


HAPPY TRYING....:)